Search This Blog

Thursday, May 15, 2008

Kursus KDP 4 Minggu : Pembestarian Sekolah

Gambar kenangan peserta kursus KDP 4 Minggu: Latihan Guru Bestari Program Pembestarian Sekolah 2008. Tarikh kursus 21 April hingga 16 Mei 2008 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak, Ipoh. Program latihan adalah anjuran IPSAH, Sg.Petani, Kedah.
Banyak maklumat, ilmu dan kemahiran baru yang saya dapat dari kursus ini. Ianya berguna kepada guru untuk menjadikan guru dan sekolah ke arah pembestarian dalam sekolah, selaras dengan pelan PIPP untuk menjadikan semua sekolah adalah sekolah Bestari menjelang 2020.

Wednesday, May 14, 2008

Selamat Hari Guru 2008

Assalamualaikum!

Kepada semua guru di SMK Tapah, SMK Sri Tapah, SMK Sungkai dan SMK Kamunting serta semua guru yang mengenali saya, samada secara langsung atau kenal semasa berkursus, aktiviti sukan dan sebagainya. Sempena hari guru pada 16 Mei ini, telebih dahulu saya mengucapkan 'Selamat Hari Guru', sesungguhnya pengorbanan anda sebagai guru hanya akan dibalas oleh Yang Maha Kuasa. Bekerjalah dengan penuh keikhlasan dan dedikasi seorang guru yang tinggi. Ceria-cerikan diri ada, jaga kesihatan diri dan keluarga disamping tugas menyampaikan ilmu kepada anak bangsa. Salam hari guru buat semua.Wassalam.

Sunday, May 4, 2008

Salam Cikgu

Assalamualaikum !
Kepada semua yang melayari laman blog saya, terima kasih dan selamat datang.